actions speak louder than words

Friday, July 31, 2009

Posted by yuss yusoff on Friday, July 31, 2009 in | No comments
Salam.

Minggu yang agak sibuk kali ini. Kalut juga apabila terpaksa menjaga anak di wad (Putra Medical Centre) selama 4 hari yang penuh mencabar.

Kunjungan pemeriksaan biasa ke PMC akhirnya mendedahkan segalanya. Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui atas segalanya, jauh beza dengan pengetahuan hambaNya.

Adalah sesuatu yang tidak dijangka kesukaran anak saya membuang air besar rupanya menunjukkan pemasaalahan yang agak serius diususnya, namun Allah SWT masih lagi menyayangi hambaNya.

Sepanjang tempoh 4 hari (3 hari saya cuti) di wad, hanya doa yang mampu saya panjatkan untuk kesejahteraan anak. (tidak lagi memikirkan tentang duit ringgit yang terpaksa dikorbankan (hampir 2k kosnya). Malah ianya sedikit sebanyak mengajar saya tentang kepentingan untuk tidak bertangguh, andainya berlaku sesuatu yang mencurigakan tentang anak-anak.

Alhamdulillah, selepas 4 hari menjalani pelbagai pemeriksaan, akhirnya anak perempuan saya disahkan pulih (dapat diubati walaupun mengambil masa yang lama).

Kecanggihan perubatan zaman ini tidak mampu memanfaatkan sesiapa (termasuk saya) andai kata "kita terlambat".

Wallahu`alam.

Saturday, July 25, 2009

Posted by yuss yusoff on Saturday, July 25, 2009 in , , , | No comments
Salam.

Hari Anugerah Kualiti SMK Derma, telah diadakan pada 23 Julai yang lepas , sekali lagi SMK Derma menerima kunjungan DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai tetamu kehormat.

Agak sinonim sebenarnya kunjungan DYTM Raja Muda ke SMK Derma kerana baginda adalah bekas pelajar disekolah ini. Jesteru itu keramahan agak ketara bila baginda memperkatakan perihal SMK Derma baik dari sudut sejarah, perkembangan, cabaran mahupun pemasaalahan.

Alhamdulillah segala penat lelah persediaan selama lebih kurang 2 minggu akhirnya membuahkan hasil. Majlis yang dirancang berlangsung begitu baik sekali. Ini kerana masing-masing pentadbir, guru-guru dan pelajar-pelajar amat faham tentang tanggungjawab masing-masing supaya "pisang tidak berbuah dua kali"

Terima kasih juga atas bantuan dan perhatian yang diberikan oleh Pengarah JPN, Unit Perhubungan JPN dan Bahagian Protokol Istana.

Wassalam.



Wednesday, July 22, 2009

Posted by yuss yusoff on Wednesday, July 22, 2009 in , | 2 comments
Salam.

Terbaca artikel dalam UM pada hari ini ( http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm)

Copy Pastenya :

Pegawai dilarang hadir mesyuarat anjuran kerajaan pembangkang

KUALA LUMPUR 21 Julai - Berkuat kuasa serta-merta, semua pegawai agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilarang menghadiri sebarang mesyuarat atau kursus anjuran kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, arahan itu dikeluarkan ekoran kegagalan kerajaan negeri menyumbang dana atau bantuan kepada jabatan dan agensi di bawah kementerian itu.

Beliau menegaskan, kehadiran pegawai di bawah kementeriannya ke mesyuarat atau kursus di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang hanya membuang masa tanpa ada sebarang usaha boleh dilakukan demi kebaikan rakyat.

"Di dalam mesyuarat pembangunan negeri atau daerah, perkara dibincang biasanya berkisar mengenai projek serta aktiviti yang mahu dijalankan oleh sesebuah agensi dan jabatan.

"Masalah di negeri-negeri ini, mereka hanya pandai mengarah tetapi tiada dana diberikan. Alih-alih, Kerajaan Pusat juga yang beri dana dan mereka yang dapat nama," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 2008 di Hotel Grand Seasons di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi LKIM, Datuk Abdul Rahim Ismail dan Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ahmad.
Pada majlis itu, Noh menyampaikan anugerah tersebut kepada 120 orang kakitangan pelbagai jawatan.

Mustafa turut menerima Anugerah Emas LKIM di atas khidmatnya selama 30 tahun bersama LKIM.
Ditanya mengenai tindakan terhadap pegawai yang mengingkari arahan itu, beliau menegaskan tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka.

"Anda bekerja, pergi mesyuarat kononnya, tetapi tiada apa boleh dilakukan untuk rakyat.
"Disebabkan ia jelas tidak membawa kebaikan, tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka yang melanggar arahan ini," tegasnya.

Sementara itu, beliau memberitahu, elaun sara hidup sebanyak RM200 yang dinikmati seramai 55,000 nelayan kecil kini, tidak lagi akan dimasukkan ke akaun bank penerima.
Sebaliknya beliau berkata, nelayan terlibat perlu hadir sendiri ke pejabat LKIM untuk mendapatkan wang tersebut dan mereka akan dikumpulkan di dalam sebuah majlis.

Menurut beliau, ia bagi membolehkan pihak LKIM bertemu dengan nelayan kecil tersebut bagi mendekati serta memotivasikan mereka agar berubah menjadi lebih baik.

"Ia akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di kawasan saya (Tanjung Karang) mulai 10 September depan. Kalau boleh, nelayan-nelayan kecil ini mahu dimotivasikan dan dibantu menjadi nelayan lautan dalam," katanya.

Terserlah sebenarnya perangai dan sikap sesetengah pemimpin kita a.k.a Pak Menteri., apabila menunjukkan sikap yang tidak munasabah, tamak, dan mementingkan diri (meraih nama dan gelaran).

Alasan kerajaan negeri (pembangkang) tidak menyumbang dana kepada jabatan adalah tidak munasabah, adakah tiada langsung sumbangan kerajaan negeri (pembangkang) kepada kerajaan Pusat, walaupun bukan dalam bentuk wang, tanah, kelengkapan, layanan dan kerjasama? itu tidak dikira sumbangan kah?

Adakah pegawai2 kerajaan yang bermesyuarat (dgn kerajaan negeri) selama ini betul2 membuang masa dan langsung tiada manafaat? Jadi apa perkiraannya layanan kerajaan Kelantan ketika pelancaran ECER dulu? tidak bermakna majlis itu?

Kalau takut sangat kerajaan Pusat tidak dapat nama di sebalik sumbangan yang diberikan, baik buat signboard besar2 tulis kat situ projek biayaan siapa. Tapi rasanya sistem ini dah lama diamalkan : " INI ADALAH SATU PROJEK KERAJAAN B.... N..)", takkan tak berkesan kot? Ntahla sejak runtuhnya Stadium Sultan Mizan tu agaknya slogan itu dah tak dugunapakai dah kot.

Berprasangka baik itu lebih baik dari kata-kata yang menyakitkan.

Wallahu`allam.

Wednesday, July 15, 2009

Posted by yuss yusoff on Wednesday, July 15, 2009 in , | No comments
Salam.

Sesungguhnya telah nyata lagi terbukti, terang lagi bersuluh, orang Manik Urai (MU) telah melakukan sesuatu yang didasari oleh akal fikiran (seperti nasihat orang UMNO) dan iman. Pilihan yang terbit dari mata hati menggambarkan segala-galanya. Hakikatnya bukan pilihan materialistik! Walaupun sebahagian mata-mata hati hampir tertutup kerana kabus-kabus materialistik ini. Namun Tuhan Maha Penentu segala.

Jelasnya Kuasa Rabbuljalil sememangnya mempunyai jutaan hikmah yang manusia perlu fikirkan.
  1. Bagaimana begitu banyaknya mata-mata hati MU hampir tertutup kerana kabus-kabus materialistik?
  2. Apakah kehilangan lebih 1300 sokongan itu hanya tercatat pada kertas saja?
  3. Apakah angka 65 itu benar-benar membuktikan kekuatan?
Atas dasar istiqamah atas landasan perjuangan, sama-sama fikirkan!

Apapun tahniah kepada Abang Uji kerana berjaya "meraihkan" orang besi KESEDAR dengan tag yang tak ternilai harganya.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Walillahilhamd.

Monday, July 13, 2009

Posted by yuss yusoff on Monday, July 13, 2009 in , | No comments
Salam.

Esok (14 Julai 2009) adalah hari penentuan antara dua parti politik terbesar tanah air sekali lagi mempamerkan kualiti sebenar kemampuan yang mereka miliki. kejayaan yang bukan hanya akan dicapai dan dikecapi untuk seketika cuma tapi bakal menentukan halatuju masing-masing.

Agak lambat saya mengulas isu PRK ini walaupun kawasan yang terlibat adalah negeri dan jajahan saya (tanah tumpah darah). Namun saya percaya tempoh 8 hari berkempen cuma satu tempoh saja. Kerana saya benar-benar yakin dan percaya bahawa para pengundi telah "memangkah" calon mereka lebih awal lagi. Idaman sudah tersemat dikalbu.

Kredibiliti kedua-dua parti pasti akan teruji dengan isu yang berlaku , baik PAS atau UMNO. PAS dengan isu Kerajaan Perpaduan dan UMNO dengan isu kekalahan demi kekalahan bermula dari PRU 2008 hinggalah PRK 2009.

Saya yakin dengan taktik yang digunakan sejak sekian lama oleh UMNO iaitu menggunakan seluruh kuasa media elektronik dan cetak melakukan provokasi ke atas rakyat dan pengundi-pengundi kawasan terbabit hanya mengundang nahas yang maha hebat (merekodkan satu lagi kekalahan).

Agak lucu apabila saya mendengar janji-janji yang ditaburkan oleh wakil2 UMNO yang mahu menjadikan Manik Urai sebagai salah satu kawasan yang membangun?? Bila tu? Berapa bajetnya?

Lagi tergelak bila baca Utusan Melayu hari ini (m/s 4 hasil tulisan Mohd Kamil Yusoff) siap tulis "siapa yang berjanji dalam Islam wajib tunai kalau mungkir besar dosanya". (sangat sesuai ditujukan kepada pemimpin UMNO). Lagi lucu bila kaitkan kemiskinan yang melarat (kata kat orang Manik Urai la tu) dengan ketidaktenangan melakukan ibadat. Melarat sangat ke orang Manik Urai? Tidak tenangkah diaorang selama ini ?

Nampaknya UMNO tidak serik-serik, dengan mengutarakan isu-isu kemajuan kebendaan, infrasturktur, fizikal, peluang pekerjaan dan segala macam material (termasukla jambatan) kepada orang Kelantan adalah satu kesilapan yang amat besar. Apa sebenarnya yang rakyat Kelantan mahukan? bangunan pencakar langit? resort mewah? kilang bertaraf antarabangsa? Semuanya tersemat di hati, tepuk dada tanya iman.

Meminjam kata-kata Mohd Kamil Yusoff (Utusan Melayu) "mengundilah dengan akal fikiran" + iman (saya tambah).

Wallahu`allam.

Sunday, July 12, 2009

Posted by yuss yusoff on Sunday, July 12, 2009 in , | No comments
Salam.

Tanggal 10 Julai yang lepas merupakan antara detik yang bersejarah bagi SMK Derma. Apa tidaknya, majlis penyerahan tugas Pengetua baru dilakukan dalam suasana majlis yang agak mengujakan. Kehadiran Tuan Hj Hadi bin Harun, Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis lebih-lebih lagi mengujakan guru-guru SMK Derma.

Masing-masing ternanti-nanti amanat yang akan disampaikan oleh beliau. Dalam ucapan beliau yang hampir satu jam itu banyak perkara yang selama ini menjadi desas desus, terungkai dengan pennyampaian amanat Jabatan Pelajaran Perlis amnya dan diri beliau sendiri khasnya.

Antara amanat Tuan Timbalan Pengarah bolehlah dirumuskan seperti berikut :
  1. Seorang pengurus / pemimipin perlulah celik agama dalam mengurus organisasi.
  2. Bersifat keterbukaan adalah menjangkaui sifat biasa seorang pemimpin yang patut ada dalam diri.
  3. Menjauhi sifat ego adalah satu kelebihan.
  4. Jiwa yang sakit perlu diubati dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta.
Agak dalam erti kata dan maksudnya!

Sunday, July 05, 2009

Posted by yuss yusoff on Sunday, July 05, 2009 in , | No comments
Salam.

Hari ini bulan Islam mencatatkan tarikh 11 Rejab. Bulan yang bukan saja gah pada namanya : "kemuliaan dan kebesaran" tetapi gah juga pada amalan dan ganjarannya. Itupun bagi manusia yang mampu memanafaatkannya. Mereka akan terus tertunggu-tunggu kehadiran bulan penuh barakat Syaaban dan Ramadhan.

Nama-nama bulan dalam kalendar Islam ini bukanlah sewenang-wenangnya diletakkan sebegitu, namun sebahagiannya dirujuk dan dinamakan mengikut peristiwa yang berlaku sekitarnya (khususnya oleh Rasulullah SAW). Begitu juga makluman saya tentang amalan menamakan bayi atau anak-anak yang baru lahir bagi masyarakat kita orang Melayu khasnya dalam masyarakat lain amnya.

Saya amat percaya pemilihan nama ini dibuat dengan begitu teliti dan rapi. Bahkan seawal 3 bulan kandungan lagi, ibu atau bapa telah mula menukilkannya. Ada yang merujuk kepada mereka yang selayaknya. Ada juga yang lebih cenderung memilih nama yang agak eksotik (lain dari yang lain) yang akhirnya hanya indah disebut, bahkan amat buruk maksudnya. Na'uzubillah.

Saya merasa agak gembira dengan pelajar-pelajar saya di tingkatan 1, suatu ketika baru-baru ini penuh semangat dan agak teruja ingin mengetahui maksud di sebalik nama-nama mereka. Lalu saya gambarkan kepada mereka dengan keindahan nama-nama Allah SWT : "Asmaul Husna" semoga menjadi pengiktibaran dan dorongan kepada diri untuk lebih bersifat realistik dalam kehidupan.

Segelintirnyanya agak kecewa dengan maklum balas yang saya berikan, (khusus bagi nama-nama yang tiada maksud bila dirujuk dalam bahasa Arab), namun saya tegaskan apa yang pentingnya : biarlah kita berakhlak seindah nama :

Janganlah kita meminjam nama-nama nabi dan Rasul yang mulia, memakai nama-nama Allah yang indah, namun gaya laku dan perangai kita langsung tidak mencerminkan kepada tuan yang empunya. Tidakkah kita merasa malu dan hina bila menggambarkan nama kita sebagai Nur Izzati, Muhammad, Fakhruddin, Izzudin, Saifuddin, Hishamuddin? (sekadar memberikan beberapa contoh) namun kita tidak sedikitpun memartabatkan apa yang selayaknya kita tunaikan hak-hak dan maksud disebalik nama kita.

Apatah lagi jika kita sebagai ibu-bapa, guru, abang, kakak hatta seorang sahabat sekalipun, yang dituntut dengan sifat dakwah dan 'murabbi'nya agar tidak leka dengan keasyikan. Semoga Allah SWT sentiasa merestui niat baik kita Insyaallah.

Wallahua`lam.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter