actions speak louder than words

Friday, June 19, 2009

Posted by yuss yusoff on Friday, June 19, 2009 in , | 2 comments
Salam.

Heboh satu "Malaya" bila TGNA berdehem sikit. Dehemannya agak bertenaga kali ini, apabila dilaporkan mendesak insan nombor dua dalam organisasi PAS, melepaskan jawatan dalam organisasi dan Parlimen.

Ramai juga yang tertanya-tanya kenapa agaknya "deheman" TGNA kali ini agak bertenaga berbanding biasa yang selalunya melankolik tapi penuh berhemah dan berbekas.

Dalam pertanyaan dan agakan itu ramai juga yang tersasar dalam menafsirkan maksud dan tujuan sebenar TGNA. Ini termasuklah beberapa ahli akademik (yang malap jiwa dan mindanya dalam mengenali hati budi seseorang) yang bertaraf profesor . Kenyataan mereka ini disiarkan dalam Berita Harian dan akhbar2 yang lain.

Bagi sesiapa saja yang pernah bersemuka, bertemu muka, bersalaman, menziarahi, berurusan, bekerja dan hidup bersama dengan TGNA, kenyataan oleh pensyarah dan seorang yang bergelar profesor ini amat dangkal dan dungu. Di sini saya copy pastekan kenyataan tersebut sekiranya ianya tidak dapat dicapai:

Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, berkata tindakan berkenaan jelas bertentangan dengan prinsip parti itu yang melaungkan demokrasi, tetapi bertindak secara autokratik.

“Ia jelas menggambarkan Nik Abdul Aziz sebagai seorang yang tidak demokratik walaupun sebelum ini melaung dan menuntut demokrasi.

“Tindakan itu juga membuktikan kepemimpinan Pas hari ini tidak boleh menerima pandangan atau pendapat orang lain, tidak boleh berlaku percanggahan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan terbabit yang meminta Nasharuddin meletakkan semua jawatan yang disandangnya kini dan menyertai Umno jika terus menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Sementara itu Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata Nik Abdul Aziz menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan kerana bimbang kedudukannya terjejas.

Katanya, ketika pembentukan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional pada 1973 hingga 1977, sewaktu Pas dipimpin Allahyarham Datuk Asri Che Muda, Nik Abdul Aziz gagal mendapat sebarang kedudukan istimewa.

“Pada saya apa yang beliau (Nik Abdul Aziz) serik untuk bekerjasama dengan Umno dan BN ialah bimbang sejarah hitam yang dilaluinya akan berulang kembali, selain bimbang dengan kedudukannya kini.

“Sewaktu kerajaan campuran Pas tidak menderita yang menderita adalah Nik Abdul Aziz, walaupun beliau menang setiap pilihan raya, namun dipinggirkan Presiden Pas ketika itu,” katanya.

Dari kenyataan tersebut secara jelas menyatakan TGNA amat materialistik, gila kuasa dan kedudukan, tidak demokratik dan autokratik. Wal`iazubillah..

Untuk lebih mencerahkah hati dan jiwa yang kelam sama-sama berkunjung ke Pulau Melaka. Insyaallah akan jernih la ia.


2 comments:

nagaliar said...

konsep kerajaan perpaduan (melayu united) mmg x akan menjadik kenyataan w/pun tok guru x berdehem...

nie disbbkan konsep nie leh menghancurkan slogan 1Malaysia (multi racial)...mrk skrg nie sdg kehausan sokongan non-malay...

mrk seolah2 nampak berlembut ati spy dianggap golongan yg cintakan kedamaian atas isu nie...hakikatnye mrk le yg paling takut kalu idea nie diaksanakan...

strategi mrk skrg nie melaga2kan kepimpinan ulama ngan senjata2 media massa agar ummah berpecah...

uyus said...

Ya, kerajaan ini hanya bersifat sementara bergantung kepada keperluan semasa. Jangka hayatnya amat pendek, cuma yang agak berjaya hanya di Afrika Selatan.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter