actions speak louder than words

Sunday, April 12, 2009

Posted by yuss yusoff on Sunday, April 12, 2009 in , | 2 comments
Buku ini sebenarnya saya beli semasa cuti sekolah Mac lepas, di Galeri Buku Syabab di Kompleks PKNS BB Bangi, tetapi oleh kerana kesuntukan masa serta tuntutan tugas menyukarkan saya menghabiskan bacaan.

Kali pertama melihat tajuknya saja, sudah membuatkan saya tertarik untuk mengetahui intipati dalam buku ini apatah lagi ianya melibatkan dua tokoh besar khalifah dalam sejarah pemerintahan Kerajaan Islam. Umar al-Khattab dan Umar Abdul Aziz.

Alangkah bagusnya jika Menteri-Menteri yang baru dilantik dengan portfolio baru oleh PM baru, bermuhasabah diri dan menjadikan "Dua Umar " ini sebagai rujukan.

Siapapun tidak menyangka apabila Lim Guan Eng KM P.Pinang mengatakan "Saya ingin mencontohi Khalifah Umaiyyah, Khalifah Umar Abdul Aziz dalam dalam gerak kerja saya". Walaupun ramai yang memandang sinis kenyataanya itu namun sebagi Muslim kita boleh lihat dari sudut positif. Alangkah bahagianya jika ayat itu dituturkan oleh Pak Menteri-Menteri kita yang rata-ratanya Muslim selepas majlis angkat sumpah mereka!

Walaupun kehebatan kisah "Dua Umar" dalam buku ini diolah secara bersahaja (bagi saya) , namun ianya tidak sedikitpun mengurangkan "maksud tujuan" buku ini, apatah lagi ianya disusuli dengan dalil-dalil naqli sekali sekala diadaptasikan dengan suasana zaman sekarang yang penuh dengan fitnah dan ketamakan. Selamat membaca...

2 comments:

'Ezzah Al-Islam said...

Assalamualaikm wbt,ust

Menarik2! tak sabar nak balik malaysia cari buku ni. Baguslah.. sekarang ni semakin bertambah penulis dan buku2 malaysia yg lebih kotemporari dalam membawa islam. cover buku pun dah nmpk mantap.

Ust, kalau lapang bolehlah kongsi lebih lagi berkenaan buku ni.



last but not least, insyaAllah ust satu ari nanti akan lahir menteri2 yang akan mengucapkan kata2 sebegini dan memerintah spt 2 umar ini. Masanya akan tiba... sy positif!

kalau generasi ini tak mampu, generasi baru akan muncul
utk bawa tanggungjawab ini.
terimakasih kepada warga pendidik sekalian...
semoga Allah berkati usaha anda semua!

yuss yusoff said...

Wa`alaikumussalam. Insyaallah.mmg byk buku menarik tp masa je la yg jd masalah utama. Insyaallah nnti ulas dlm posting lain. la ni tgh baca 'benarkah iskandar bukan zulkarnain'.

Insyaallah suatu ketika kebenaran akan ttp mendapat hak2nya.

Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter