-
Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Kali Ke-9 2014
Pada 16-20 April 2014, pasukan Hoki SM Sains Kubang Pasu telah menyertai Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan Kali Ke-9 2014 di KISAS, Kelang.
-
KUPSIS diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi 2013
SMSKP yang merupakan satu-satunya wakil dari negeri Kedah dianggap sangat2 bertuah, kerana ia merupakan sekolah yang paling 'muda' (sejak dibuka pada 2009) berbanding 24 buah sekolah-sekolah lain yang dianggap telah 'establish'.
-
Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan 2014 (Kategori Bahasa Melayu)
Sekalung TAHNIAH buat Muhammad Khairil bin Sharif
-
Hari Anugerah Kecemerlangan SMS Kubang Pasu Kali Ke-4 2014
Hari yang penuh bersejarah buat pelajar2, guru2 dan ibu-bapa dilangsungkan dalam suasana penuh sederhana namun agak meriah
Tuesday, March 31, 2009
Friday, March 13, 2009
Semalam (kemarin kata orang Perlis) keputusan SPM 2008 telah diumumkan dengan rasminya. Pelbagai riak terukir di wajah pelajar2, ada yang berdebar, teruja, cemas dan tak kurang juga yang kaku diri seolah2 tiada apa yang penting sangat dengan suasana yang sebegitu.Alhamdulillah SMK Derma telah mencatat keputusan membanggakan dengan 7 pelajar mendapat straight 1A dan 21 pelajar mendapat semua A dalam matapelajaran yang diambil cukup mengujakan pelajar2 terbabit, guru2 bahkan ibubapa2. Tahniah di atas usaha keras masing2 dan kerjasama dan sokongan hebat PIBG sekolah bawah pimpinan Che Mat Noh! Jazakallahukhairan!
Kedatangan Tuan Pengarah Pelajaran Perlis mengesahkan lagi keputusan sekolah memang membanggakan. Alhamdulillah syukur, semoga anak-anak pelajar mencapai apa jua yang di cita-cita kan baik di dunia mahupun di akhirat. Man Jadda Wa Jada
Err... dengar khabar SMSSI (SBPIM) juga dapat result yang cukup membanggakan. TAHNIAH kepada semua warga SMS Sultan Iskandar Mersing & Ust Wan Nazri PPPD Kurikulum Mersing.
Thursday, March 12, 2009
Posted by yuss yusoff on Thursday, March 12, 2009 in Renungan | No comments
Malam semalam saya bersama isteri dan anak berkesempatan menghadiri Wacana Warisan Kedah di Auditorium Perpustakaan Negeri Kedah. Pada mulanya saya agak teruja untuk mengikuti diskusi ilmiah tentang sejarah Kedah ini, khususnya dalam slot yang pertama yang bermula jam 9.00 mlm itu yang menampilkan ahli panel dari UM iaitu Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali.Tetapi perasaan teruja saya langsung terhakis bahkan semangat untuk menadah ilmu semakin menjauh lantaran kata-kata 'celupar' ahli panel yang kedua dari USM Prof. Madya Dr Mohd Isa Othman yang membincangkan ruang lingkup 'Politik Moden di Kedah".
Cukup mengguris hati sesiapa saja yang mendengarnya. Apa tidaknya, cuba fikirkan "Kalau UMNO mahu merampas kembali Kedah maka perlu di bom pondok2" . (kerana pondok2 telah melahirkan ramai pemimpin2 PAS di Kedah-kata2nya terlebih dulu). Masyaallah! Apa salahnya pondok2 di Kedah? Berdosakah orang yang menuntut ilmu di pondok2?
Pada hemat saya kata2 ini tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang ahli akademik yang bergelar profesor!, kecualilah pembentangan kertas kerja itu mempunyai agenda yang tersembunyi di sebalik objektif asal yang dipaparkan di pamplet.
Dato` Taha (saya pun tidak kenal tapi ahli panel mengenalinya). Orang yang hebat juga pada hemat saya kerana ahli panel dalam pembentangannya telah memerli beliau yang dulunya sibuk dengan demonstrasi jalanan sehingga tertinggal sijil2, telah bangun dalam sesi soal jawab meluahkan perasaan tidak puas hati atas kata2 nista itu, kerana beliau juga adalah dari didikan pondok.
Sedikit terubat hati saya, walaupun begitu perasaan teruja saya sama sekali telah luput habis digantikan dengan perasaan menyesal kerana hadir di majlis cercaan begitu. Saya serta merta memutuskan untuk pulang sahaja ke Changloon walaupun majlis soal jawab masih lagi berlangsung. Semoga Allah SWT merahmati saya kerana hadir di majlis sebegini, tetiba saya teringat akan firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 26 yang bermaksud :
"Katakanlah (wahai Muhammad) : "Wahai Tuhan yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
Monday, March 09, 2009
Hari ini Maulidurrasul disambut serentak di seluruh negara, dengan temanya tahun ini "wahdah pemangkin khaira ummah" . Sedap bunyinya walaupun agak kekok nak menyebutnya apatah lagi nak memahaminya (kata pelajar saya). Lucu juga bila dengar keluhan sebegitu tapi sebagai guru fahamlah kita di mana tahap penguasaan pelajar, khususnya dalam 'lughah'. (ringkas saja kata saya 'ia kacukan Arab Melayu').Kalau ikutkan tiada sambutan yang direncanakan dalam kalendar negeri Perlis (Perlis satu-satunya negeri yang "terkeluar" dari program bulan dakwah tajaan JAKIM). Tetapi itu tidak menghalang sebahagian pelajar dan guru di sekolah saya dengan beberapa inisiatif dan kerjasama unit kurikulum, HEM dan koku maka sambutan tetap dijalankan walaupun agak sederhana dengan pengisian yang Insyaallah memanafaatkan pelajar dan guru.
Sunday, March 08, 2009
Posted by yuss yusoff on Sunday, March 08, 2009 in Renungan | No comments
Search Our Site
Translate
Recent Posts
Popular Posts
-
Program atau Data E-Sarana ini asalnya dari Bahagian Pengurusan Sekolah harian KPM tetapi telah mula 'menular' ke Bahagian Sekola...
-
Surat dari Bahagian Pendidikan Guru KPM bertarikh 15 Januari 2014 menyatakan bahawa setiap guru gred DG41 lantikan tahun 2009, 2010 ...
-
Seramai 16 guru dan staf SM Sains Kubang Pasu telah menghadiri Majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Ko...
-
Salam. Jumaat lepas saya bersama beberapa 36 guru dan staff SMSKP berpeluang mengikuti lawatn penandarasan di SBPI Gombak. Tujuannya cuma sa...
-
Ramai dalam kalangan kita yang mungkin tidak berapa faham apa dimaksudkan dengan wadiah , mudhrabah dan lain-lain istilah dalam Sistem Perb...
-
Penganjuran Hari Anugerah Kecemerlangan SMS Kubang Pasu 20 April yang lalu, telah masuk kali yang ke-4 pada tahun 2014 ini. Majlis HAK pada...
-
Salam , sebagai penghargaan dan tahniah peribadi dari saya, berikut disenaraikan 36 pelajar yang berjaya mendapat straight A dalam SPM 2011 ...
-
Uploaded on authorSTREAM by myusfadzillah
-
Membaca al-Quran dengan bertajwid mungkin sukar bagi sesetengah individu. Kurang cekap menguasai kaedah yang tepat mengenai sifat huruf dan ...
-
Salam. Majlis Khatam Quran dan Perasmian Penutup Program Ihya` Ramadhan telah diadakan di Dewan Bitara SMSKP. Perasmian penutupan telah dil...
Categories
Aceh
Banjir
Bersejarah
Cerita Lama
Eidilfitri
Guru dan Murid
Hijrah
Jihad
Kelantan
Kisah Lama
Kriket
Kursus
Minggu Kerohanian
Orchestra
PBS
Pendidikan
Peribadi
Piala Dunia
Piala Malaysia
PIBG
Politik
Pondok
Ramadhan
Renungan
Sambutan Maulidurrasul
Semasa
SMK Derma
SMS Kubang Pasu
Sukan
Sultan
Tahniah
Takziah
Tazkirah
Terima Kasih
Ulasan Berita
Umum




