actions speak louder than words

Friday, November 28, 2008

Posted by yuss yusoff on Friday, November 28, 2008 in | No comments
Pengumuman telah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia! Insyaallah umat Islam seluruh Malaysia akan menyambut hari Raya Qurban pada 8 Disember ini.

Marilah kita sama-sama merayakannya dengan penuh ta`zim disamping menghindarkan diri dari sebarang unsur penyelewengan seperti pembaziran, hiburan yang keterlaluan, & keseronokan melangkaui batas sempadan!

Allahuakbar
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Walillahilhamd!

Selamat Hari Raya Eidul Adha!
Posted by yuss yusoff on Friday, November 28, 2008 in | No comments

Pengharaman Yoga!Isu yang sepatutnya mudah difahami oleh umat Islam pada saat ini, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Banyak pertikaian yang timbul bermula dari rakyat jelata yang bermacam latar belakang pendidikan (agama terutamanya) sehinggalah kepada beberapa Pembesar negeri dan juga Sultan yang sudah tentunya tergolong dalam kalangan cerdik pandai.

Saya kurang faham untuk melihat dari sudut mana pertikaian itu digembar-gemburkan. Apa yang pastinya sesetengah "Pemerintah" bagi sesetengah negeri meluahkan rasa tidak puas hati bahkan ada yang kecewa apabila Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengeluarkan fatwa tanpa melalui muzakarah Majlis Fatwa Negeri @ Majlis Raja-Raja yang pastinya memerlukan persetujuan dan kelulusan dari mereka (Pembesar dan Sultan) secara pasti (untuk digazetkan dalam Enakmen negeri masing-masing). Seolah-olah Pemerintah negeri ini telah dibelakangkan???. Mengikut al-Qardawi : peranan umarak sebahagiannya adalah memudahkan (taysir) dalam urusan dakwah dan penerangan.

Telah termaktub bahawa Sultan dan Pembesar negeri mengetuai Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, tapi proses mengeluarkan fatwa sekaligus dihebahkan tanpa melalui saluran yang dinyatakan tadi hanyalah PROSEDUR dalam pentadbiran sahaja. apa yang pasti YOGA ITU HARAM. hukumnya pasti. Sepatutnya Sultan dan Pembesar (negeri-negeri tertentu) memperjelaskan isu tersebut, bukannya memperlekehkan keputusan menunding jari tentang ketidakakuran MFK.

Mungkin karenah birokrasi inilah yang menyebabkan denda dan hukuman bagi setiap kesalahan (berkaitan agama Islam) di Mahkamah Syar`iyyah di Malaysia tidak sama bagi setiap negeri. (walaupun Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah diwujudkan).

Dengan segala kudrat dan nikmat-nikmat Allah SWT yang tidak terhitung ini, yang ada pada kita pada ketiika ini mariah kita sama-sama memahami tugas "mujtahid-mujtahid" ini sekaligus menyokong dan mengembangkan syiar Islam. Allahukabar!


Monday, November 24, 2008

Posted by yuss yusoff on Monday, November 24, 2008 in | No comments

Apabila banyak akhbar memaparkan tentang pengharaman yoga, pelbagai reaksi spontan yang diluahkan. Ada yang meraskan ianya satu keputusan tepat Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK), sebahagian pula merasakan ianya kurang wajar berdasarkan kepada sejarah amalannya telah berlangsung sejak 3000 BC dan ada juga yang berhujjah tiada hukum sewajarnya diwartakan di Malaysia sebelum ini.

Walaupun pelbagai alasan yang diberikan namun, perlulah kita befikir sejenak tentang sebab musabbab pengharamannya. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Pengerusi MFK Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, perkara ini telah diputuskan dalam Persidangan MFK kali ke 83 di Kota Bharu, Kelantan yang berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober yang lalu. Ini adalah kerana mengambil kira beberapa faktor yang bersangkut paut dengan amalan yoga itu sendiri yang mempunyai 3 peringkat utama, di mana peringkat tertingginya adalah penyatuan dengan Tuhan, di mana ianya satu proses yang amat mustahil sekali boleh berlaku di dunia nyata ini bagi makhluk yang hidup di alam yang cukup berbeza dengan khaliq.

Beginilah malangnya umat Islam di Malaysia walaupun beberapa negara seperti jiran Singapura dan Mesir telah mendahului Malaysia dalam mengharamkan yoga ini, namun bagi mereka yang sentiasa beralasan dan menganggap semua perkara itu "harus" atas hujah-hujah yang hanya bersandarkan kepada akal yang maha lemah.

Perkara ini saya telah bualkan dengan beberapa rakan se"madrasah". Salah seorang sahabat saya yang berpengalaman belajar, bekerja dan tinggal di Jepun, mengatakan pihak berwajib MFK mungkin atau Kementerian Pelajaran Malaysia mungkin, perlu menilai dan mengkaji semula amalan atau senaman yang dimestikan kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Negara Matahari Terbit itu. Ini kerana amalan senaman itu adalah amalan yang bersangkut paut dengan amalan agama di Jepun.

Saya juga tertanya-tanya adakah amalan tarian seperti Loy Krathong di utara ini jika diamalkan oleh orang Islam juga membawa kepada hukum yang sama?

Saturday, November 22, 2008

Posted by yuss yusoff on Saturday, November 22, 2008 in | 2 comments

Syabas Pak Menteri JPM Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas usaha membekalkan al-Quran untuk diletakkan di hotel2 yang betaraf 5 bintang tidak lama lagi. Tidakla susah sangat nak belek-belek Quran ketika waktu terluang khususnya ketika menghadiri kursus2 kelolaan Kementerian Pelajaran (saya lebih gemar mengunakan istilah lama "Pendidikan").

Pengalaman berkursus di sebuah hotel di Pulau Mutiara, agak menyedihkan juga apabila ditarik laci ternampak Bible & ada bilik sahabat2 yang lain kitab Buddha, tapi tidak ada satupun sahabat2 yang menyatakan bilik mereka dibekalkan dengan al-Quran. tapi kami sepakat menyedapkan hati mungkin ada hikmahnya al-Quran tidak diletakkan semberono dalam laci bilik2 hotel kerana tiada siapa yang tahu siapa penghuninya?muslimkah dia? apa tujuannya?baikkah @ sebaliknya? tujuannya apa? jadi terpeliharalah kesuciannya. Rasanya perkara ini (menjumpai Bible) bukanlah asing bagi mereka yang sentiasa atau pernah mendiami hotel2 yang berbintang di Malaysia ini.

Selain Quran ada benda2 lain yang mungkin kurang diberi perhatian tetapi jika diteliti agak besar juga sumbangannya : iaitu sejadah (solat) & timba (wudhuk) Sepanjang pengalaman mendiami hotel2 di Semenanjung & Sarawak tidak ada satupun hotel yang menyediakan sejadah, apatah lagi al-Quran, cuma ada satu hotel di SP Kedah yang baru diambil alih pengurusannya. Tidak perlu mendail kesana-sini untuk meminta itu dan ini bagi kelengkapan beribadat sejadah & timba tersedia di loker2. Syabas!

Mungkin Pak Menteri boleh juga mencadangkan (selain dari al-Quran) perkara2 lain yang berkaitan dengan ibadat seperti timba & sejadah dan sebagainya disediakan tanpa perlu mendail ke sana ke mari.

Cuma satu harapan saya agar Quran yang dibekalkan (difahamkan diletakkan di laci2) itu dapat di jaga sedemikan rupa, hanya boleh diserahkan kepada mereka yang muslim sahaja! renunglah ayat ini : “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya” Surah Al Hijr 9. Allahuakbar!

Wednesday, November 19, 2008

Posted by yuss yusoff on Wednesday, November 19, 2008 in | No comments
Setiap kali tengok video klip ni terasa kecut perut! bilakah masanya? cepatkah@lambatkah? yang pasti masanya akan tiba jua. Mulalah fikir macam-macam perkara yang telah dilakukan, yang belum ditunaikan. Dah tertunaikah tanggungjawab sebagai anak? sebagai bapa,? sebagai suami,? sebagai guru? sebagai orang bawahan? dan yang pasti sekali sebagai hamba Allah yang Esa.? Astaghfirullahal`azim.


Tuesday, November 18, 2008

Posted by yuss yusoff on Tuesday, November 18, 2008 in | No comments

Hari ini harga minyak turun lg sekali (kali kelima kalau tak silap) jd harga baru 2.00/liter untuk minyak yang selalu saya isi. jd orang macam saya yang berulang alik hampir 72km satu hari ke tempat kerja merasakan ianya satu nikmat yang sepatutnya saya nikmati awal2 lagi.

cuma ada beberapa perkara yang saya kurang faham, wp berulang kali membaca penerangan dalam akhbar, majalah, internet, tengok jawapan pak menteri di dewan rakyat, tak juga faham2.

pertama : apabila harga minyak di pasaran dunia meningkat, maka harga minyak di negara kita dengan cepatnya turut meningkat, tetapi bila trendnya menurun lambat pula ianya turun, kata pak menteri perlukan kelulusan dulu!mcmamana tu? dahla kita negara pengeluar minyak!

kedua : kata pak menteri, rakyat diseru supaya menggunakan minyak secara berhemah?ini lagi satu saya kurang faham maksud berhemah di sini?adakah rakyat selama ini membazir?minyak sudah menjadi perkara utama melebihi dari keperluan, mcm saya mesti memperuntukkan duit RM300 sebulan untuk minyak kereta ke tempat kerja, jd kalau penggunaan berhemah mcmamana?

ketiga : kenaikan harga minyak menjadikannya relatif dengan kenaikan harga barang, tp yang peliknya bila tren minyak dunia menurun, kita tak pula turunkan harga barang! KPDNHEP baru2 ini ada melancarkan kempen penurunan harga barang, malangnya ia dilancarkan di pasaraya2 mega (carrefour, tesco, giant, jusco) . berapa keratkah rakyat di negara ini yang berbelanja di carrefour, giant, tesco, jusco? walapun ada pelanjutan pelaksanaannya di pasar2 kecil di seluruh negara tetapi sejah manakah ianya berkesan?

kalau rayuan pak menteri minta peniaga menurunkan harga barang tidak diendahkan , apalah kuasa yang ada pada pengguna?

nasib orang2 kampung yang menoreh getah, berkebun sawit agak mendukacitakan kerana komoditi ini telah mengalami kemerosotan harga yang melampau, sejajar dengan kebejatan ekonomi dunia dan penurunan harga minyak.

Monday, November 17, 2008

Posted by yuss yusoff on Monday, November 17, 2008 in , | No comments

Membaca al-Quran dengan bertajwid mungkin sukar bagi sesetengah individu. Kurang cekap menguasai kaedah yang tepat mengenai sifat huruf dan makhrajnya tambah menyukarkan kita melafazkan kalimah-kalimah dan ayat-ayat Allah dengan sempuna. Semoga jadual ini boleh membantu (khususnya anak-anak pelajar). Rujuklah guru anda yang mursyid untuk keterangan dan huraian secara tafsili. La`alakum tuflihun...Insyaallah.
Posted by yuss yusoff on Monday, November 17, 2008 in | No comments

Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah. bulan-bulan yang mulia di mana hamba2 yang bertuah ditakdirkan menjadi tetamu Allah SWT menuju Baitillahilharam, melangsaikan rukun Islam yang masih lagi berbaki. Bukan semua manusia benasib baik, dalam kesibukan membaca berita di dada akhbar, menatap tv tentang keceriaan wajah-wajah tetamu Allah ini, kadangkala kita terkesamping , bahkan lupa tentang nasib mereka yang tidak berkesempatan.

Walaupun pada suatu ketika impian dan keinginan yang tersimpan selama ini seolah-olah bakal dijelmakan, namun Allah Maha Berkuasa,
masyaqqah yang dihadapi adalah dugaan yang memang tak disangka-sangka. Suatu ketika dukacita yang amat sangat saudara kita dari Thailand yang terkandas ditengah jalan, sekaligus memungkinkan harapan mereka menjadi tetamu Allah SWT berkecai. Namun disebalik kesusahan itu pasti ada penyelesaiannya. Kita merancang Allah yang menentukan. Dengan sifat al-`Alim, Allah mengotakan hajat yang suci murni dari hati hamba2nya yang tulus ikhlas. Alhamdulillah!

Apapun
hikmah Allah `Azzawajalla mengatasi segala-galanya. Sama-samalah kita berdoa agar tergolong dalam hambaNya yang dijemput melaksanakan hajj.
Posted by yuss yusoff on Monday, November 17, 2008 in | No comments


Semoga kita di jauhi dari musuh-musuh Islam dan musuh-musuh Allah. Amin Ya Rabbal`alamin.

Saturday, November 15, 2008

Posted by yuss yusoff on Saturday, November 15, 2008 in | No comments

Friday, November 14, 2008

Posted by yuss yusoff on Friday, November 14, 2008 in , | No comments

hari ini hari terakhir persekolahan, khususnya di utara ni. riak gembira terpancar di wajah pelajar2. mana taknya mcm2 perkara yang dirancang bakal dilaksanakan musim cuti ini. Tetapi cikgu2 pula berhempas pulas menyelesaikan kerja-kerja yang tak pernah selesai, dari kerja "pengkeranian" sehinggalah kerja "akauntan". andaikata tugasan itu bersangkut paut dengan orang lain sukarlah untuk dilangsaikan terutamanya hari terakhir persekolahan ini. masa ni tak mustahil cikgulah antara makhluk yang paling rajin atas muka bumi!.time is running out!

hari ini juga anak pelajar2 spm bertungkus lumus mempamerkan "persembahan" terbaik mereka mewakili tempoh 2 tahun "latihan" yang lalu. Andaikata prestasi terbaik dapat dijelmakan maka beruntunglah kalian, jika tidak....bertawakkallah wahai muridku...sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang berserah (bertawakkal)

hari ini juga kedengaran cakap-cakap ibu bapa yang baru menerima keputusan UPSR. Ada sebahagiannya memang menjangkakan keputusan anak masing2. Tidak kurang juga ada yang jauh tersasar.redhalah sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas sesuatu perkara...
apapun selamat bercuti...sama2lah manafaatkan masa yang terluang.

Wednesday, November 12, 2008

Posted by yuss yusoff on Wednesday, November 12, 2008 in | No comments

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit
dan bertanya:

"Hai , lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………".

Beginilah hakikatnya kehidupan di dunia. Kemahuan sentiasa mengatasi keperluan. Walapun apa yang telah dimiliki lebih dari mencukupi tetapi manusia akan tetap mencari...

Sunday, November 09, 2008

Posted by yuss yusoff on Sunday, November 09, 2008 in | No comments

Masyaallah! baru lps bca metro, di muka hadapan dgn tajuk pengkid menentang fatwa psl pengharamannya (saya prnh tulis sblm ini). beginilah jdnya kalau manusia sudah lupa akan kedudukan dirinya sbgai makhluk (yg dicpta) berbanding Khaliq (yg mencipta) yang penuh dgn sifat keagungannya.

Walaupun keagungan Khaliq itu kdgkala mampu ditanggapi oleh pancaindera, tidak kurang ada jg yg memerlukan pemahaman yang mendalam melalui wahyu2 Allah SWT untuk diinterpretasikan, ttp itu bukanlah alasan2 untuk mempertikakan keagungan & kehebatan Allah SWT.

Makhluk dimuka bumi ini penuh dengan kelemahan & kekurangan yg nyata dlm apa jua perkara pn. Ramai menyangka dgn akal semata2 semua yg terlintas dikepala adalah bnar dan nyata tp manusia lupa dgn ayat2 Allah SWT , lupa dgn nikmat yang Allah berikan dr kejadian tbuh bdn yang sempurna, fitrah dijdkn lelaki & perempuan, nikmat sihat, bernafas dan brmcm2 lg. Firman Allah SWT :

" Dan jika kamu menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." " (Qs an Nahl [16] ayat 18)

Manusia yg alpa dgn nikmat Allah ini sbnrnya telah kemaruk dgn godaan hidup didunia yg sudah antara agenda terbesar syaitan la`natullah dan konco-konconya terhadap manusia :

"Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. Allah berfirman, 'Keluarlah kamu dari surga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya'." (Q.s. al-A'raf: 17-8).

Ingatlah perbuatan menderhakai nikmat2 Allah ini merupakan satu malapetaka yang besar dalam kehidupan dunia mahupun di akhirat kelak.

"Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'." (Q.s. Ibrahim: 7)

Wa`iyazubillah, semoga kita jauh dari ditimpa bencana dan azab Allah atas perbuatan manusia yang sudah lupa asal usulnya.

Saturday, November 08, 2008

Posted by yuss yusoff on Saturday, November 08, 2008 in , | No comments

Baru 2 hari lepas, "madrasah" saya mengadakan majlis redha ilmu, yg diadakan setiap tahun untuk pelajar yg nk ambk PMR, SPM & STPM. ini kali ke 3 sejak saya berkhidmat di sini (kalau x silap). matlamatnya jelas (sesuai dgn nama majlisnya) tp pengisiannya kabur. bukan memperlekehkan warga kerja penganjuran majlis, (kerana panitia saya yang mengambil alih pengurusan majlis sepenuhnya dari unit bimbingan&kaunseling) ttp urutan majlis amat-amat mengecewakan saya sendiri sebagai "rais al-majlis".

Ini kerana penglibatan guru2 amat mendukacitakan. tambahan pula pelajar segelintirnya memandang remeh & lekeh (debek dlm lahjah kelantan) ttg maqasid majlis ini. jd pertembungan negatif antara ketidakpenglibatan (mgkn tata bhasanya salah) guru dan andaian pelajar, memungkinkan maqasid majlis tidak tercapai sepenuhnya. dlm ucapan ringkas saya mewakili guru2 yg mngjr t5&6Ats, saya mnyentuh byk perkara ttg kepentingan barakah dlm menuntut ilmu, dgn harapan ank didik tercinta terkesan dgn teguran, nasihat dan pengharapan yg mnggunung dlm diri saya & guru2 lain ke arah menggapai kejayaan dunia dan akhirat.

Sunday, November 02, 2008

Posted by yuss yusoff on Sunday, November 02, 2008 in , , | No comments

Lega bila menatap berita di dada akhbar tentang pengharaman pengkid, dimana Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 23.10.2008 di Kota Bharu telah memutuskan mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’. Berikut ulasan yang dipaparkan oleh Berita Harian :

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan. Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis. ‘‘Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.

‘‘Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (bekas guru saya di SMKA Falahiah, Pasir Pekan)

Tahniah di atas usaha murni ulamak2 ke arah Amar Ma`ruf Nahi Mungkar, saya sentiasa menantikan fatwa mengenai pinjaman untuk menunaikan haji???


Artikel ini mungkin boleh membantu.


Search Our Site

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter